Thursday, November 15, 2012

Ujian

Bismillah.....

Ujian itu akn lebih mengikat hati, menambah kesabaran, memperkuat pergantungan.
Sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar. Dan dijanjikan pahala yg setimpal dengannya.

Fahamilah ujian itu bukan sekadar situasi. Tetapi ujian itu didikan diri. Pengalaman itu yg mngajar. Berfikir lah tentang hidup dari mula dilahirkn sehingga sekrang.
Apa yg ada bersyukurlah, apa yg tiada juga bersyukurlah. Sesungguhnya itu yang membentuk keperibadian kamu pada tika ini.

Kenapa dia begitu tenang hadapi musibah itu? Ye, sebab Allah telah mendidiknya trlebih dahulu dengan ujian2 yg lebih hebat sebelum ini. Sehinggakan ujian pada kali ini diterima dengan hati yang redha tanpa merasa cacian dan makian di dlm hati.

Teruskan hidup, teruskan sabar, teruskn usaha. Pasti ada di dlm prjalann itu pencarian kita. Yakinlah!

Tuesday, April 10, 2012

semangat yang hilang... dimana kamu?



Bismillah....

manusia itu ada waktunya semangat, ada waktu nya lemah.
kadang kala, lemahnya sehinggakan apa pun yang disekelilingnya bagaikan tiada makna.
semangatnya pula kadang kala, bagai api yang sedang marak. meninggi dan meninggi

tetapi hakikatnya satu, semua itu boleh diubah dan merubah.
sampai bila untuk hilang semangatnya, sedangkan yang lain terus mengorak langkah mencari bekalan untuk hidup.

dan sampai bila untuk ditetapkan keadaan semangat yang luntur itu tanpa berbuat apa-apa.
jangan penuhkan diri dengan perasaan menyesal hanya kerna keputusan yang kamu sendiri tidak mahu mengubahnya.

jangan salahkan hidup jika kamu yang buatkan hidup itu tiada erti.

terkadang, manusia sedar saja di mana silap hidupnya. tetapi dek perasaan malas dan berpendirian "biarlah saja semua ni terjadi" , buatkan semangat dan penyesalan itu, ulang dan berulang mengelilingi diri.

mugkin ada yang mengatakan, "iye, aku pasrah, aku redha". tetapi selepas itu, mana perkataan "aku harus bangkit!!!!"......






~prasangka Allah itu berdasarkan sangkaan hambanya... dan nasib sesuatu kaum itu, tidak akan berubah jika kaum itu tidak merubahnya, dengan izinNya. dan Allah itu tidak akan persiakan hambaNya yang sentiasa bergantung harap padaNya.~








Monday, April 2, 2012

hangatnya cinta itu...




manusia selalu berkira-kira mempunyai dunia mereka sendiri.
ada yang menganggap dunia ini kawan akrab, ada pula yang menganggap dunia ini, hanyalah sebutir pasir yang boleh dibawa angin bila-bila masa sahaja.

mereka selalu bercerita-cerita tentang hidup, tentang cinta, dunia mereka sekarang,
itulah ketenangan bagi mereka. meluahkan perasaan sesama mereka. itulah kepuasan bagi mereka. saling bertukar-tukar cerita cinta, berlumba-lumba siapa yang lebih disayangi dan menyayangi.

tapi, sedarkah kita, yang berhak menyayangi dan disayangi adalah hanya kepada Allah S.W.T. pernah atau tidak kita bercerita mengenai bagaimana Allah menyangi kita. apa yang telah dilakukan tanda romantisnya dan bukti cintaNya pada kita.

tanya kalbu, apa yang selalu menjadi sebutan cinta di hati dan bibir-bibir kalian? adakah hanya kata-kata cinta sesama manusia atau pun yang kekal abadi?

wahai kawan, rasailah hangatnya perasaan cinta pada Allah. nescaya di dalam hati kamu akan ada suatu aura yang sentiasa memanggil-manggil untuk bercinta. kata-kata romantismu, disimpan untuk Dia, berinteraksi lah bersama Allah dengan rasa yang penuh syahdu menahan rindu.

dengan adanya Allah di hati kamu, kamu tidak akan pernah merasa beban menahan perit hidup sendirian, kerana, kamu sudah punya, yang setia mendengar keluh kesah, kegembiraan dan cerita-cerita dunia kamu.

rasailah cinta itu....

Saturday, February 25, 2012

Cintanya aku pada si dia…




Bismillah…

Cintanya aku pada si dia…


Dia aku kenali sejak sekian lama, mengenali personalitinya, membuatkan hati ini terikat. Bertahun lama aku menunggu. Persoalan demi persoalan di fikiran. Adakah dia jodohku? Tapi, itu hanya dalam benakku, di dalam fikiran keluargaku, biarlah sama taraf, biarlah sama pengajian, biarlah sama… untuk masa hadapan.


Hanya hati ini saja yang mengetahui betapa tertekannya hidup, sekeliling menjadi tak bererti kerana hanya itu yang aku fikirkan di waktu aku mengetahui apa kehendak keluargaku. Mereka tidak menghalang, tetapi sebolehnya itu kehendak mereka. Dilemma, perasaan sendiri dengan perasaan keluarga. Bantu aku menjadi kuat ya Allah… sungguh aku perlukanMu.


Wajarkah aku terus memikirkan ini semua, tatkala aku masih belum pasti sama ada dia jodohku. Jika pasti dia jodohku, pasti suatu masa nanti, dia akan datang dengan penuh persiapan, dan aku akan tahu jodohku telah dihantar oleh Allah pada masanya yang Allah saja yang tahu kapan.


Aku tak akan membiarkan semua ini terus menyelubungi aku, kerana aku takot, dengan tindakan ini aku akan lebih memikirkan yang belum pasti dan aku menjauhi yang pasti, iaitu kamu Ya Allah. Aku juga takot dengan senantiasa memikirkan ini, aku menjadi tidak yakin dengan ketentuanMu. Sedangkan kamu menyuruh aku sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Kamu untukku.


Dan sekarang, aku yakin Kamu ada bersamaku, aku tak takot pada kehilangan, aku sedia pada cubaan, aku akan tempuh dengan keyakinan, tak akan aku gentar dengan perasaan ini, sebab aku tahu Kamu tidak akan pernah mengecewakanku. Apa pun yang akan terjadi selepas ini, itu adalah yang terbaik untukku yg ditetapkan oleh Kamu. Aku cinta padamu Ya Allah…

untuk kamu:::: terus kuat ye, jangan lemah, itu ujian.




Saturday, February 18, 2012

Allah sayang kamu....


bismillah...




this is special wishes for you kawan... :)

hepi 23rd besday!!!! :).... and i wish your life will be happier than before..:D

semoga hidupmu dilimpahi penuh barakah,
dikelilingi dgn kebahagiaan yg sebenar,
ketenangan yang abadi dunia akhirat,
bersama orang yang sentiasa ingat-mengingati kepada kebenaran,
dilimpahi rezeki yg melimpah ruah,
disayangi org sekeliling,
dikurniakan keturunan yang soleh solehah,
ilmu yag berguna untuk aliran pahalamu sepanjang masa,
amal jariah yg ikhlas,
dan,
diredhai disayangi penciptaMu.


kata-kata untukmu:

kawan... ingat ye...
jgn pernah putus asa dalam hidupmu,
walau apa jua ujian yg Allah bgi pada mu,
ujian itu bentuknya kesenangn dan kepayahan,
setiap pergerakanmu, ingat Dia,
Dia pasti ingat kamu,
jgan lupa Allah,
jgan lupa takot pada Dia,
jgan lupa nangis sebab Dia,
jgan lupa cinta pada Dia,
jgan lupa buat semua benda sebab Dia.
jgan lupa ye....

sebab Allah sentiasa sayang padamu.


mintak maaf sangat2 sepanjang kenal,
tau kawanmu yang ini banyk salah, banyk sakitkan hati,
doakan sama-sama hidup masing2 penuh barakah ye..

ni je hadiah yang boleh diberi sejak lama kita berkawan.
tak ada apa-apa yang bernilai yang boleh dikirim.


salam sahabat.... :)











Friday, February 17, 2012

wahai tanah di bumi...




Bismillah...







Tawaduqlah wahai tanah di bumi (manusia)
Kerana manusia itu asalnya tanah,
Tanah yang dipijak, bukan dijunjung,
Malahan lebih bawah dari tapak kakimu,

Manusia itu ciptaan yang tidak menguasai,
Boleh dimatikan dan dihidupkan,
Hanya dengan KUN FA YA KUN,
Maka jadilah.

Apa ertinya berbangga dengan dunia,
Apa ertinya hanya sekilas pandang pada akhirat,
Jika hanya untuk menggerakkan satu jarimu,
Memerlukan izin dari penciptamu.

Terhasilnya dari tanah yang suci,
dicampurkan dengan air juga yang suci,
fitrahnya suci,
alangkah ruginya mereka yg menodai kesucian ini.

Mulianya manusia,

Dijadikan sebaik-baik ciptaan,
Diberi sujud penghormatan oleh malaikat,
Dilantik menjadi khalifah bumi,
Dikurnia nikmat tanpa perlu meminta.

Dongak syaitan, dongak cemburu,
Hasutan syaitan, hasutan nafsu,
Iman yang lemah akan tunduk,
Iman yang kuat akan menyerang.

Azali,

Jangan biar suci bertukar najis,
Jangan biar mulia bertukar keji,
Kembalilah dengan redha,
Kembalilah fitrah.

itu perangai saya...


Bismillah...


sudah banyk entri2 yang trtangguh untuk di share. kadang, hanya tajuk yg terlintas di kepala, tp, tak terkeluar pun dari tinta. dan semua ilham2 itu dtgnya dari persekitaran dan mungkin juga pengalaman sndri. entri kali ni, saya letakkan tajuk itu perangai saya. ya, saya ada perangai saya, dan awak juga ada perangai awak. dan begitu juga kamu semua kan?

sudah banyak diceritakan, didengar sendiri, dan mungkin dari mulut sendri, " itu perangai aku, nak buat macam mana?" awak semua biasa dengar tak dialog ni...

perangai, sifat, peribadi mencerminkan seseorang itu. tetapi manusia juga boleh menjadi berlainan dari sifat sebenar bila berada dalm persekitaran yg berlainan. tetapi tidak akan lama. kerana sifatnya yg dipupuk sebati dalam diri tetap akan menjelma.

perangai itu, satunya mazmummah (dikeji), dan satunya lagi mahmudah (terpuji).. hanya org yg mngenal diri sndri dan sentiasa cari salah diri akan sedar yg sebenarnya dia ada sifat keji. kadang kita tak sedar sedikit pn, oleh sebab hanya menyalahkan orang lain dan rasa diri betul. sesugguhnya org yg beriman itu sentiasa memperbaiki diri.

ada juga org yg berpendapat " itu perangai aku dari kecik, nak buat mcm mna???"
terpuji boleh berubah dikeji... dan tak mustahil juga, dikeji boleh berubah menjadi terpuji.
hidayah itu, milik Allah. hak Allah untuk berikan pada siapa yg terpilih.
tetapi bagaimana untuk menjadi yg terpilih?

1. Allah yg memilih
2. mencari sendiri jalan (wasilah) agar dipilih.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (QS, 5:35).


hanya orang yg mahukan terbaik untuk dirinya akan sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik. bukan orang lain. mungkin org lain sedar akan perangai buruk kita atau saya sendri, dan berusaha untuk merubah. tetapi, kalau bukan diri sendiri yang merubah, kamu akan dapati diri kamu sehingga ke akhirnya berperangai buruk dan bukan yg lebih baik. nak ke?

satu soalan.... perangai kita sekarang ni keluar2 dari rahim ibu kita ke? yang saya tau, sejak dari lahir, kita dah start menangis, tu je... (so, jangan takut menangis, itu dah memang manusia, ada air mata..hehe..) peranan ibu bapa untuk mendidik kita dari kecil, dari kita tak tahu lagi untuk berfikir. tapi, bagaimana bila kita dah tahu berfikir? tanggungjawab kita sendiri pula untuk pastikan perangai diri kita sendiri, jangan salahkan ibu bapa atau persekitaran.



ini gambar yang saya ambil suatu ketika di mana saya dan keluarga bercuti ke sebuah kampung nelayan. melihat anak2 nelayan bermain di taman permainan mereka iaitu laut. mereka ini diwaktu kecil hanya tahu bermain. belum sempat berfikir siapa mereka. makan minum seharian mereka diurus oleh ibu bapa. peribadi mereka juga masih dikawal dan ditegur oleh ibu bapa. pabila besar mereka kelak... pabila sudah tahu siapa mereka... pabila sudah tahu baik buruknya dunia ini, semoga mereka dan kita sama-sama berubah menjadi yang terpilih... :)


Monday, February 6, 2012

Wednesday, January 25, 2012

kerinduan... hanya pada yang berfikir


dengan nama Allah yg maha Pemurah lgi Maha Penyayang



sejuk...
musim sejuk itu dataang lagi memberi kesempatan kepada hamba-hamba Allah di tanah anbia ini khususnya dan amnya yang merasakan hal yang sama. membuktikan kebesaran dan keagungan Allah dalam merancang segala hal.

cuba kalian semua berhenti sebentar melakukan hal dunia. sebentar sahaja.
cuba jadikan hal dunia anda itu hal akhirat. hanya sebentar.
tukar niat study, kerana Allah.
tukar niat pekerjaan anda, kerana Allah..

masyaAllah, dunia anda sekarang ini sudah bertukar.
sedar atau tidak, tenangnya anda menyambung pekerjaan anda kembali.
hanya kerana bertukar niat.
niat kerana Allah..

hebat manakah hnya bertunjangkan Allah dunia anda boleh berubah?
walaupun tanpa dpat melihatNya?
itulah namanya IMAN...
percaya, yakin...

rukun iman,
PERCAYA pada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat, Qada Qadar.
tanpa dapat melihat dengan kaca mata,
tetapi dapat dilihat dengan mata hati bagi yang berfikir.

alangkah... untungnya mereka yang bersama Rasulullah.
bertentangan mata melihat wajah syurga itu,
bergandingan dengan tubuh syurga itu,
mendengar pada suara ketenangan itu...

alangkah... untungnya jika ada rindu walaupun kita tidak pernah melihat Rasulullah,
tingginya iman kita walaupun tidak pernah bersua muka,
tetap dapat merasakan, wajah itu, tubuh itu, suara itu
dalam sanubari.




tingginya iman para sahabat dimana mereka mempunyai kekuatan (Rasulullah). sanggup berjuang raga dan nyawa bersama kekasih Allah. dikala mereka lemah, Rasulullah menyampaikan terus kabar gembira dari Allah.

bagi kita Rasulullah meninggalkan wasiat nya... sunnahnya dan Al-Quran..
walaupun tidak pernah bersua, bayangkan betapa untungnya mereka melakukan kerja seharian sepertinya sentiasa bergandingan degan Rasulullah..

dan berkali ganda untungnya mereka yg diberi kesemptan untuk bersma kekasih Allah itu walaupun hanya sebentar.
akhir kalam..
jgn pernah berhenti berharap untuk bertemu,
jgn pernah berhenti bekerja seperti Rasulullah ada bersama,
jgn pernah berhenti menjaga hati kerna hati itu hidup kita.


for you......








OMBAK RINDU....

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....




this song i got from my fb murajaah early in this morning... hehe... (pagi2 lgi dh hanyut ngan fb)
one of my friend posted it and i wondered why all the comment below was about masyaAllah, Alhamdulillah...
and now, i wanna u also to know how is it.
lets sing together and heart touching... :)




kesayanganku...mari bersama kita mengalunkan suara memohon doa.
dan kita tahu KEKASIH kita akan tetap mendengar rintihan hati suara hambaNya...


tuhan tolong lembutkan hati hamba,
tuk mencintaimu seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mampu,
menghadapi siksa nerakamu..

000...oo

tuhan, aku tahu banyak dosaku,
hanya ingat kamu kala dukaku,
namun hanya kamu yang dapat membuka,
pintu hatiku tuk cintamu,

Allah,
ampunkanlah hambamu,
yang selalu dustakan janjiku,
agar, kelak ku takkan disiksa,
kerna dosa-dosa masa lalu..

Allah,
jatuh airmataku,
yang trus mengalir mengiring doaku,

Allah,
yang mengampuni segala,
dosa-dosa hamba, yang meminta,
hanya mampu berdoa,
moga paksiran tiba nanti...


(link)




ade sape2 tahu maksud paksiran ni? ke saye yg slah dgr... erm...
tnya dekat mr google pn, die tanye sya blik did you mean pakistan?...
no lah..... i mean paksiran!


Monday, January 23, 2012

tidakkah kamu berasa malu???



dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاءُ وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ


Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
( at-taubah: 15)






pernahkah atau tidakkah terlintas di hati-hati kamu perasaan malu?
diberi pinjaman nikmat yang tidak berbelah bahagi kepada kamu dari kecil sehingga sekarang...
dan apa yang kamu sudah lakukan untuk itu semua...

diberi pinjaman harta, kamu gunakan seperti ianya kepunyaan kamu.
diberi pinjaman akal, kamu gunakan untuk mimikirkan hal-hal dunia.
diberi pinjaman pancaindera, kamu gunakan untuk kepentingan diri kamu.
kamu sedar atau tidak itu adalah pinjaman???

dan diberi nikmat ISLAM.... pernahkah kamu bersyukur? walau sekali?
pernah kamu bersujud menangis untuk itu?
nikmat itu nikmat paling besar.
pernah kamu meminta untuk itu?
tidak bukan?
tapi diberi tanpa diminta.

pada tika kamu melupakan pinjaman yang diberi,
satu persatu nikmat terus diberikan,
pada tika kamu yang hina meminta-minta,
Dia berikan kerana Maha Pemurahnya Dia.

dan pada tika Dia terus memaafkan kamu,
kamu teruskan lagi mendustakanNya,
dan pada tika Dia telah menerima taubat kamu,
tergamakkah kamu mengulangi dosa kamu?
tidak malukah kamu...

dan, apa yang kamu berikan pada Dia???











P/s: terima kasih pada yang memberi..















Sunday, January 15, 2012

poem of imam ahmad

إذا ما قال لي ربي .. أما استحييت تعصيني
وتخفي الذنب عن خلقي .. وبالعصيان تأتيني

If my Lord asks me
“Have you no shame in disobeying me?
You hide your faults from my creation
yet full of sin you come to Me"

فكيف أجيب يا ويحي .. ومن ذا سوف يحميني
So what will I answer? O' Woe to me,
and who shall protect me do you see?


أسلي النفس بالآمال .. من حين إلى حين
I keep forestalling my soul
with thoughts of hope from time to time


وأنسى ما وراء الموت .. ماذا بعد تكفيني
And forgetting what is to come after death,
and after I am warped in the sheets of the dead


كاني قد ضمنت العيش .. ليس الموت يأتيني
As if I have guaranteed living forever,
and that death will not overcome me


وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني
Then the harsh drunkenness of death overtakes me,
who now will be able to protect me?


نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفديني
I looked at the faces, is there not from amongst them
who will ransom me?


سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
I will be asked
what have I put forth in my life to save myself


فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
So what will I answer,
after I’ve been neglectful regarding my Deen


ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني
O’ woe to me, did I not hear the
Speech of Allah calling out to me??


ألم أسمع لما قد جاء في ق و يس
Did I not hear what has come in Qaaf'n, wa Yaseen'i


ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين
Did i not hear of the day the crowds will be summoned,
the day we will be collected, and the day of al-Deen'i


ألم أسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Did I not hear the caller of death
calling me; seeking me


فيا رباه عبد تائب من ذا سيؤويه
O my lord a slave to you I come repenting,
who than shall grant me shelter?


سوى رب غفور واسع للحق يهديني
Other than an oft-forgiving Lord,
to the truth he will guide me


أتيت إليك فارحمني وثقل في موازيني
I have come to you, so have mercy on me,
and make heavy my weights


وخفف في جزائي أنت أرجى من يجازيني
And lighten my reckoning you are the best
of who will bring me to reckoning

There was an error in this gadget