Saturday, February 25, 2012

Cintanya aku pada si dia…




Bismillah…

Cintanya aku pada si dia…


Dia aku kenali sejak sekian lama, mengenali personalitinya, membuatkan hati ini terikat. Bertahun lama aku menunggu. Persoalan demi persoalan di fikiran. Adakah dia jodohku? Tapi, itu hanya dalam benakku, di dalam fikiran keluargaku, biarlah sama taraf, biarlah sama pengajian, biarlah sama… untuk masa hadapan.


Hanya hati ini saja yang mengetahui betapa tertekannya hidup, sekeliling menjadi tak bererti kerana hanya itu yang aku fikirkan di waktu aku mengetahui apa kehendak keluargaku. Mereka tidak menghalang, tetapi sebolehnya itu kehendak mereka. Dilemma, perasaan sendiri dengan perasaan keluarga. Bantu aku menjadi kuat ya Allah… sungguh aku perlukanMu.


Wajarkah aku terus memikirkan ini semua, tatkala aku masih belum pasti sama ada dia jodohku. Jika pasti dia jodohku, pasti suatu masa nanti, dia akan datang dengan penuh persiapan, dan aku akan tahu jodohku telah dihantar oleh Allah pada masanya yang Allah saja yang tahu kapan.


Aku tak akan membiarkan semua ini terus menyelubungi aku, kerana aku takot, dengan tindakan ini aku akan lebih memikirkan yang belum pasti dan aku menjauhi yang pasti, iaitu kamu Ya Allah. Aku juga takot dengan senantiasa memikirkan ini, aku menjadi tidak yakin dengan ketentuanMu. Sedangkan kamu menyuruh aku sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Kamu untukku.


Dan sekarang, aku yakin Kamu ada bersamaku, aku tak takot pada kehilangan, aku sedia pada cubaan, aku akan tempuh dengan keyakinan, tak akan aku gentar dengan perasaan ini, sebab aku tahu Kamu tidak akan pernah mengecewakanku. Apa pun yang akan terjadi selepas ini, itu adalah yang terbaik untukku yg ditetapkan oleh Kamu. Aku cinta padamu Ya Allah…

untuk kamu:::: terus kuat ye, jangan lemah, itu ujian.




2 comments:

nabila azmi said...

suke entry ni...mengubt hati ...

Wardhatul Firdaus said...

:)... terima ksih... cuma karangan. moga hati adik terubat ye, dengan izinNYa..

There was an error in this gadget