Bismillah...
sudah banyk entri2 yang trtangguh untuk di share. kadang, hanya tajuk yg terlintas di kepala, tp, tak terkeluar pun dari tinta. dan semua ilham2 itu dtgnya dari persekitaran dan mungkin juga pengalaman sndri. entri kali ni, saya letakkan tajuk itu perangai saya. ya, saya ada perangai saya, dan awak juga ada perangai awak. dan begitu juga kamu semua kan?
sudah banyak diceritakan, didengar sendiri, dan mungkin dari mulut sendri, " itu perangai aku, nak buat macam mana?" awak semua biasa dengar tak dialog ni...
perangai, sifat, peribadi mencerminkan seseorang itu. tetapi manusia juga boleh menjadi berlainan dari sifat sebenar bila berada dalm persekitaran yg berlainan. tetapi tidak akan lama. kerana sifatnya yg dipupuk sebati dalam diri tetap akan menjelma.
perangai itu, satunya mazmummah (dikeji), dan satunya lagi mahmudah (terpuji).. hanya org yg mngenal diri sndri dan sentiasa cari salah diri akan sedar yg sebenarnya dia ada sifat keji. kadang kita tak sedar sedikit pn, oleh sebab hanya menyalahkan orang lain dan rasa diri betul. sesugguhnya org yg beriman itu sentiasa memperbaiki diri.
ada juga org yg berpendapat " itu perangai aku dari kecik, nak buat mcm mna???"
terpuji boleh berubah dikeji... dan tak mustahil juga, dikeji boleh berubah menjadi terpuji.
hidayah itu, milik Allah. hak Allah untuk berikan pada siapa yg terpilih.
tetapi bagaimana untuk menjadi yg terpilih?
1. Allah yg memilih
2. mencari sendiri jalan (wasilah) agar dipilih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (QS, 5:35).
hanya orang yg mahukan terbaik untuk dirinya akan sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik. bukan orang lain. mungkin org lain sedar akan perangai buruk kita atau saya sendri, dan berusaha untuk merubah. tetapi, kalau bukan diri sendiri yang merubah, kamu akan dapati diri kamu sehingga ke akhirnya berperangai buruk dan bukan yg lebih baik. nak ke?
satu soalan.... perangai kita sekarang ni keluar2 dari rahim ibu kita ke? yang saya tau, sejak dari lahir, kita dah start menangis, tu je... (so, jangan takut menangis, itu dah memang manusia, ada air mata..hehe..) peranan ibu bapa untuk mendidik kita dari kecil, dari kita tak tahu lagi untuk berfikir. tapi, bagaimana bila kita dah tahu berfikir? tanggungjawab kita sendiri pula untuk pastikan perangai diri kita sendiri, jangan salahkan ibu bapa atau persekitaran.
ini gambar yang saya ambil suatu ketika di mana saya dan keluarga bercuti ke sebuah kampung nelayan. melihat anak2 nelayan bermain di taman permainan mereka iaitu laut. mereka ini diwaktu kecil hanya tahu bermain. belum sempat berfikir siapa mereka. makan minum seharian mereka diurus oleh ibu bapa. peribadi mereka juga masih dikawal dan ditegur oleh ibu bapa. pabila besar mereka kelak... pabila sudah tahu siapa mereka... pabila sudah tahu baik buruknya dunia ini, semoga mereka dan kita sama-sama berubah menjadi yang terpilih... :)
No comments:
Post a Comment