Wednesday, January 25, 2012

kerinduan... hanya pada yang berfikir


dengan nama Allah yg maha Pemurah lgi Maha Penyayang



sejuk...
musim sejuk itu dataang lagi memberi kesempatan kepada hamba-hamba Allah di tanah anbia ini khususnya dan amnya yang merasakan hal yang sama. membuktikan kebesaran dan keagungan Allah dalam merancang segala hal.

cuba kalian semua berhenti sebentar melakukan hal dunia. sebentar sahaja.
cuba jadikan hal dunia anda itu hal akhirat. hanya sebentar.
tukar niat study, kerana Allah.
tukar niat pekerjaan anda, kerana Allah..

masyaAllah, dunia anda sekarang ini sudah bertukar.
sedar atau tidak, tenangnya anda menyambung pekerjaan anda kembali.
hanya kerana bertukar niat.
niat kerana Allah..

hebat manakah hnya bertunjangkan Allah dunia anda boleh berubah?
walaupun tanpa dpat melihatNya?
itulah namanya IMAN...
percaya, yakin...

rukun iman,
PERCAYA pada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat, Qada Qadar.
tanpa dapat melihat dengan kaca mata,
tetapi dapat dilihat dengan mata hati bagi yang berfikir.

alangkah... untungnya mereka yang bersama Rasulullah.
bertentangan mata melihat wajah syurga itu,
bergandingan dengan tubuh syurga itu,
mendengar pada suara ketenangan itu...

alangkah... untungnya jika ada rindu walaupun kita tidak pernah melihat Rasulullah,
tingginya iman kita walaupun tidak pernah bersua muka,
tetap dapat merasakan, wajah itu, tubuh itu, suara itu
dalam sanubari.




tingginya iman para sahabat dimana mereka mempunyai kekuatan (Rasulullah). sanggup berjuang raga dan nyawa bersama kekasih Allah. dikala mereka lemah, Rasulullah menyampaikan terus kabar gembira dari Allah.

bagi kita Rasulullah meninggalkan wasiat nya... sunnahnya dan Al-Quran..
walaupun tidak pernah bersua, bayangkan betapa untungnya mereka melakukan kerja seharian sepertinya sentiasa bergandingan degan Rasulullah..

dan berkali ganda untungnya mereka yg diberi kesemptan untuk bersma kekasih Allah itu walaupun hanya sebentar.
akhir kalam..
jgn pernah berhenti berharap untuk bertemu,
jgn pernah berhenti bekerja seperti Rasulullah ada bersama,
jgn pernah berhenti menjaga hati kerna hati itu hidup kita.


for you......








No comments: