Saturday, May 18, 2013

YOU means ME


 BISMILLAH…

Berkati setiap satu zarah hati kami. Amen

Tergerak untuk menulis berkaitan topic yang agak hangat untuk dibincangkan, terutama untuk para-para 20 ke 30an… isu perkahwinan. even I’m not in this lane yet. Perhaps one day. Not by research or my experience, but only from my views and surroundings. Sorry for any disagree or others, can leave a comment to also give your opinions.

Perkahwinan, apa perkataan ini?

Penyatuan dua hati. Ya, penyatuan hati. Sanggup menerima segala kebaikan, keburukan, kelemahan. Dan apabila ianya dinamakan penyatuan, kebaikan dan keburukan pasangan itu juga adalah berada di pihak diri sendiri. Dan, oleh itu, setiap pasangan perlukan muhasabah untuk menambah baik cacat cela kerna YOU MEANS ME and vice versa, and i need to be better and you too as well.

Perkahwinan bukan penghambaan, dan bukan juga pemerintahan tapi ia adalah pembaikkan. Bagi yang begitu solehah, sehinggakan takut untuk berselisih pendapat walaupun perkara itu perlukan perbincangan untuk pembaikan. Bagaimana pembaikan boleh terjadi sekirannya tiada yang saling menasihati? Bukan berselisih pendapat yang kita mahukan, cumanya bersedia menerima nasihat itu yang lebih perlu. Bagi yang begitu soleh, ketua keluarga itu yang lebih banyak perlukan muhasabah, bukan hanya memerintah. Takut-takut yang diperintah bukan penambah baikan, tetapi sebaliknya. idamkan menjadi psangan yang saling soleh dan solehah bukan berseorangan.

Setiap pasangan mengidamkan anak-anak penyejuk hati ayah bonda. Yang mencorakkan suasana itu bermula dari yang bernama ayah dan bonda. Kenapa? Kerana ayah dan bonda ini yang terlebih dulu berakal. Dan, apa akibat jika akal ini tidak dipandu dengan hati yang bersih, yakni, akhlak yang mulia? Itulah corak kebiasaan yang akan dilukis pada anak-anak.

Mudah contohnya…. Bayangkan kita berada di sebuah masjid. Bayangkan suasananya. Nyaman, dan tenang bukan? Yang berada di dalamnya, semua sedang menambah iman. Untuk bercakap perkara-perkara buruk, apatah lagi mengkeji, mengumpat, mencaci, menghina, tidak sanggup dek hati. Itu kerana kita tahu itu rumah Allah, Allah tidak suka akan perkara-perkara itu. Di dalamnya penuh dengan hati-hati yang penuh kasih sayang.

Siapa yang akan membentuk rumah menjadi sepertinya suasana rumah Allah? Siapa yang akan mulakan hati-hati yang penuh kecintaan ini? Tak lain tak bukan bermula dari kedua pasangan. Contoh lagi, jika menjadi kebiasaan pasangan mengumpat,mengkeji, menghina, berkata-kata keras, rasanya anak-anak akan merasakan itu suatu yang kebiasaan atau tidak? Bagi saya, itu akan menjadi kebiasaan tanpa sedar yang itu adalah kebinasaan.

Akhlak, cermin seseorang itu dikurniakan pemahaman ilmu. Tetapi penuh hujah dan ilmu, tidak bererti dan tidak menjamin lagi untuk miliki pemahaman dalam berakhlak. Manusia berakhlak mulia tanpa ilmu tinggi, orang memandang mereka dengan penuh hormat, tetapi, manusia yang buruk akhlaknya akan dipandang orang  sepertinya tidak pernah ada ilmu.
 Dan sudah tentunya hati yang bersih suci itu yang mengawal setiap gerak geri. Bagaimana untuk setiap hati mahukan? Hati yang dipandang dengan kasih sayang Allah atau hati yang dikeji?

Tepuk dada,

Tanya iman.

Mencari kesalahan diri itu lebih baik.

Menjaga diri itu lebih baik.

dan, Rasulullah itu sebaik-baik akhlak. Kata-kata lembut beliau, kasih sayang di hati beliau, peribadi mulia, sosok bercahaya, haruman kasturi, Rahmat sekalian alam..

Cantikkan akhlak kami, sepertimana kau cantikkan kejadian diri kami.

Agar, disebarkan juga kecantikan itu kepada generasi kami.

Amen….

Wallahu3alam.


There was an error in this gadget