Saturday, February 25, 2012

Cintanya aku pada si dia…




Bismillah…

Cintanya aku pada si dia…


Dia aku kenali sejak sekian lama, mengenali personalitinya, membuatkan hati ini terikat. Bertahun lama aku menunggu. Persoalan demi persoalan di fikiran. Adakah dia jodohku? Tapi, itu hanya dalam benakku, di dalam fikiran keluargaku, biarlah sama taraf, biarlah sama pengajian, biarlah sama… untuk masa hadapan.


Hanya hati ini saja yang mengetahui betapa tertekannya hidup, sekeliling menjadi tak bererti kerana hanya itu yang aku fikirkan di waktu aku mengetahui apa kehendak keluargaku. Mereka tidak menghalang, tetapi sebolehnya itu kehendak mereka. Dilemma, perasaan sendiri dengan perasaan keluarga. Bantu aku menjadi kuat ya Allah… sungguh aku perlukanMu.


Wajarkah aku terus memikirkan ini semua, tatkala aku masih belum pasti sama ada dia jodohku. Jika pasti dia jodohku, pasti suatu masa nanti, dia akan datang dengan penuh persiapan, dan aku akan tahu jodohku telah dihantar oleh Allah pada masanya yang Allah saja yang tahu kapan.


Aku tak akan membiarkan semua ini terus menyelubungi aku, kerana aku takot, dengan tindakan ini aku akan lebih memikirkan yang belum pasti dan aku menjauhi yang pasti, iaitu kamu Ya Allah. Aku juga takot dengan senantiasa memikirkan ini, aku menjadi tidak yakin dengan ketentuanMu. Sedangkan kamu menyuruh aku sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Kamu untukku.


Dan sekarang, aku yakin Kamu ada bersamaku, aku tak takot pada kehilangan, aku sedia pada cubaan, aku akan tempuh dengan keyakinan, tak akan aku gentar dengan perasaan ini, sebab aku tahu Kamu tidak akan pernah mengecewakanku. Apa pun yang akan terjadi selepas ini, itu adalah yang terbaik untukku yg ditetapkan oleh Kamu. Aku cinta padamu Ya Allah…

untuk kamu:::: terus kuat ye, jangan lemah, itu ujian.




Saturday, February 18, 2012

Allah sayang kamu....


bismillah...




this is special wishes for you kawan... :)

hepi 23rd besday!!!! :).... and i wish your life will be happier than before..:D

semoga hidupmu dilimpahi penuh barakah,
dikelilingi dgn kebahagiaan yg sebenar,
ketenangan yang abadi dunia akhirat,
bersama orang yang sentiasa ingat-mengingati kepada kebenaran,
dilimpahi rezeki yg melimpah ruah,
disayangi org sekeliling,
dikurniakan keturunan yang soleh solehah,
ilmu yag berguna untuk aliran pahalamu sepanjang masa,
amal jariah yg ikhlas,
dan,
diredhai disayangi penciptaMu.


kata-kata untukmu:

kawan... ingat ye...
jgn pernah putus asa dalam hidupmu,
walau apa jua ujian yg Allah bgi pada mu,
ujian itu bentuknya kesenangn dan kepayahan,
setiap pergerakanmu, ingat Dia,
Dia pasti ingat kamu,
jgan lupa Allah,
jgan lupa takot pada Dia,
jgan lupa nangis sebab Dia,
jgan lupa cinta pada Dia,
jgan lupa buat semua benda sebab Dia.
jgan lupa ye....

sebab Allah sentiasa sayang padamu.


mintak maaf sangat2 sepanjang kenal,
tau kawanmu yang ini banyk salah, banyk sakitkan hati,
doakan sama-sama hidup masing2 penuh barakah ye..

ni je hadiah yang boleh diberi sejak lama kita berkawan.
tak ada apa-apa yang bernilai yang boleh dikirim.


salam sahabat.... :)











Friday, February 17, 2012

wahai tanah di bumi...




Bismillah...







Tawaduqlah wahai tanah di bumi (manusia)
Kerana manusia itu asalnya tanah,
Tanah yang dipijak, bukan dijunjung,
Malahan lebih bawah dari tapak kakimu,

Manusia itu ciptaan yang tidak menguasai,
Boleh dimatikan dan dihidupkan,
Hanya dengan KUN FA YA KUN,
Maka jadilah.

Apa ertinya berbangga dengan dunia,
Apa ertinya hanya sekilas pandang pada akhirat,
Jika hanya untuk menggerakkan satu jarimu,
Memerlukan izin dari penciptamu.

Terhasilnya dari tanah yang suci,
dicampurkan dengan air juga yang suci,
fitrahnya suci,
alangkah ruginya mereka yg menodai kesucian ini.

Mulianya manusia,

Dijadikan sebaik-baik ciptaan,
Diberi sujud penghormatan oleh malaikat,
Dilantik menjadi khalifah bumi,
Dikurnia nikmat tanpa perlu meminta.

Dongak syaitan, dongak cemburu,
Hasutan syaitan, hasutan nafsu,
Iman yang lemah akan tunduk,
Iman yang kuat akan menyerang.

Azali,

Jangan biar suci bertukar najis,
Jangan biar mulia bertukar keji,
Kembalilah dengan redha,
Kembalilah fitrah.

itu perangai saya...


Bismillah...


sudah banyk entri2 yang trtangguh untuk di share. kadang, hanya tajuk yg terlintas di kepala, tp, tak terkeluar pun dari tinta. dan semua ilham2 itu dtgnya dari persekitaran dan mungkin juga pengalaman sndri. entri kali ni, saya letakkan tajuk itu perangai saya. ya, saya ada perangai saya, dan awak juga ada perangai awak. dan begitu juga kamu semua kan?

sudah banyak diceritakan, didengar sendiri, dan mungkin dari mulut sendri, " itu perangai aku, nak buat macam mana?" awak semua biasa dengar tak dialog ni...

perangai, sifat, peribadi mencerminkan seseorang itu. tetapi manusia juga boleh menjadi berlainan dari sifat sebenar bila berada dalm persekitaran yg berlainan. tetapi tidak akan lama. kerana sifatnya yg dipupuk sebati dalam diri tetap akan menjelma.

perangai itu, satunya mazmummah (dikeji), dan satunya lagi mahmudah (terpuji).. hanya org yg mngenal diri sndri dan sentiasa cari salah diri akan sedar yg sebenarnya dia ada sifat keji. kadang kita tak sedar sedikit pn, oleh sebab hanya menyalahkan orang lain dan rasa diri betul. sesugguhnya org yg beriman itu sentiasa memperbaiki diri.

ada juga org yg berpendapat " itu perangai aku dari kecik, nak buat mcm mna???"
terpuji boleh berubah dikeji... dan tak mustahil juga, dikeji boleh berubah menjadi terpuji.
hidayah itu, milik Allah. hak Allah untuk berikan pada siapa yg terpilih.
tetapi bagaimana untuk menjadi yg terpilih?

1. Allah yg memilih
2. mencari sendiri jalan (wasilah) agar dipilih.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (QS, 5:35).


hanya orang yg mahukan terbaik untuk dirinya akan sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik. bukan orang lain. mungkin org lain sedar akan perangai buruk kita atau saya sendri, dan berusaha untuk merubah. tetapi, kalau bukan diri sendiri yang merubah, kamu akan dapati diri kamu sehingga ke akhirnya berperangai buruk dan bukan yg lebih baik. nak ke?

satu soalan.... perangai kita sekarang ni keluar2 dari rahim ibu kita ke? yang saya tau, sejak dari lahir, kita dah start menangis, tu je... (so, jangan takut menangis, itu dah memang manusia, ada air mata..hehe..) peranan ibu bapa untuk mendidik kita dari kecil, dari kita tak tahu lagi untuk berfikir. tapi, bagaimana bila kita dah tahu berfikir? tanggungjawab kita sendiri pula untuk pastikan perangai diri kita sendiri, jangan salahkan ibu bapa atau persekitaran.



ini gambar yang saya ambil suatu ketika di mana saya dan keluarga bercuti ke sebuah kampung nelayan. melihat anak2 nelayan bermain di taman permainan mereka iaitu laut. mereka ini diwaktu kecil hanya tahu bermain. belum sempat berfikir siapa mereka. makan minum seharian mereka diurus oleh ibu bapa. peribadi mereka juga masih dikawal dan ditegur oleh ibu bapa. pabila besar mereka kelak... pabila sudah tahu siapa mereka... pabila sudah tahu baik buruknya dunia ini, semoga mereka dan kita sama-sama berubah menjadi yang terpilih... :)


Monday, February 6, 2012