Monday, December 21, 2009

PERTEMUAN HAKIKI

tanggal 15hb 2009,… tarikh lahir mama yg tersayang… mama… kakak rindu mama…moga mma dlm keadaan sihat sjahtera rohani dan jasmani, dilindungi, dan ketenangan selamanya…

tp, di sini, ingin dikongsi cerita ini bersama... Engkau telah bercerita pdaku dgn mewakilkn pada seseorg rkn yang aku kenali dan kaguminya dgn ketabahannya dlm mnerima ujianMU.

Bercerita ttng ajal… erm… seorang seniornya, yg dahulu BWP di MRSM Langkawi. Stu jwatan tinggi, di skolh bestari.. jumaat lepas, hari pernikahannya. Bergembira dan bersyukur, dianugerhkn seorng istri yg mnenangkn hati dan mengharap jdoh yg brpnjnagan untuk mndpt kn cntaNya, si isteri pula mgharapkan seorng suami yg dpt mmbimbingnya dunia akhirat. Alhamdulillah, jodoh mereka dpertemukan. Si suami, bru mnghbiskn degreenya, di UK. Dan akan mndaftr sbgai pnsyarah pda keesoknnya… pda mjlis prnikahan, ibu bpa phak llaki, bergmbr, trsenyum lbar, akhirnya, ank bongsu yg disayangi mdirikn rumah tngga. Setelah selesai mjlis akad nikah, kewajipan yg sterusnya harus dilaksanakan, solat jumaat. Balik ke rumah, bersama ibu bpa, dan rkan, dan pngntin lelaki… dlm hati pnuh dgn rsa ksyukuran.

Seketika, hti pnuh rsa syukur, ttiba, kereta hilang kwalan, mugkin kerana tayar pncit. Kereta dikawal sedaya upaya, tetapi malang, terbabas ke seberang jln. Bas dri arah berlainan muncul. Tanpa kta, bas mrempuh. Setiap stu jasad terkulai layu.. Paling mnyayat hati, trtagisnya pada pngntin sehari. Tersepit, paling teruk bahagisn dirempuh, daging-daging terpisah dari jasad. Ya Allah, ini takdirmu. Baru sekejap tadi, Engkau kurniakan penuh kenikmatan, dan skrang, ini yg telah ditulis. 4jm bergelar suami isteri, Allah lebih menyayangi si suami. Semua roh yg did lm kereta iru diangkat menemui yg kekal abadi. Ap perassan si isteri. Pilunya.. tetapi, inilah takdirnya. Ditetapknnya, pada hari jumaat, jauh dri siksa kubur. Terkenal dgn kebaikannya, itulah dlm ingtan smua yg ditinggalkn nya di dunia. Aktif dlm jemaah, berdakwah pada jlnMu.

begitu juga, pada tnggal 19.12.2009, salah seorang rakan yg pernah amat baik dan amat rapat, telah dipnggil dahulu mengadap ilahi... moga dia dlm keadaan tenang di sana. sudah selesai ujiannya, dan bila pula giliran kita untuk bertemu dgnnya. -al fatihah-


Sungguh di akhir zaman ini, telah kau jnjikn, akan kau tarik nyawa org2 yg beriman dan dibiarkan yg sesat terus sesat. cuba tnya pada diri, timbulkn persoalan, di dalam golongan manakah kita??? yg sesat dan sedang dibiarkan sesat ataupun sedang dikira waktu untuk roh berpisah dgn jasad. adakah kita takot, atau menunggu waktu itu??? apa sebabnya kita takot dan apa juga sebabnya untuk kita menunggu??? jwablah degan hati kalian sendiri.

Monday, November 30, 2009

lambaiannya memanggil,
keinginan menjerit,
apakan daya belum masanya,
tertunduk pasrah,
terus menunggu,
niat hati disulam halus,
memasuki jaringan-jaringan yang lain,
moga utuh halusan sulaman,
InsyaAllah,
dipermudahkan untuk segala yang perlu.
amin...
(moga dikabulkan)

Saturday, November 14, 2009

READY OR NOT??!!!

sedia....

tidak sedia....

persoalan yg sering timbul dalam sesuatu keputusan besar...

perkataan sukar pasti timbul...

komitmen yg ada...

don't worry, bukan salah sesapa...

it's yours to decide....

knowing that it's not easy...


banyak situasinya berkaitan sedia dan tidak:



bagi yg bersedia,
banyak yang dipikirkannya. mugkin sedia pada akal, hati, naluri, atau semata nafsu. jgn sekali-kali mudah untuk melafazkan sedia, takut ucapan itu hnaya datangnya dari godaan syaitan yang membangkitkan nafsu. manusia, mudh dengan ucapan sedia...


tidak salah untuk bersedia, tetapi sertai ia dengan perasaan takut itu lebih baik. agar diri tidak jatuh ke jurang nafsu atau perangkap syaitan. takotlah agar tidak berada di jalan yg salah. dengan itu, pergantungn kita pada yg maha menentukan segalanya lebih kuat, sekaligus insyaAllh semata-mata mengharapkan redhanya.



bagi yg sedia setelah lama dipikirkannya, setelah lama menahan dan menjauhinya, disertai petujuk Allah, istikharah... insyaAllh, semoga segala keputusan ada hikmah dan baiknya dunia akhirat...



membuat keputusan pada tika kamu tidak tahu sama ada bersedia atau tidak... ada risikonya. jika kamu seorang yg berusaha untuk melakukan yg terbaik, teruskan. dan jika tidak, tke a time to think bout it keh. juga sama pada tika kamu ada komitmen lain yg lebih penting untuk diselesaikan. still need ur brilliant n of course rise up ur maturity to think deeply. it's ok if u want n u willing... BUT also think after it also. bout u n da situation to be after da decision.


keputusan atau kata-kata yg terlanjur, kadang kala ble mmbuatkn kita dalm masalah. mungkin terlanjur kata-kata tanpa keputusan, atau kata-kata pasti tnpa keputusan juga mke u in trouble if u can't handle it wisely.




untuk yg mmg tidak bersedia.


alasan sudah semestinya. tetapi tidak bersedia bukan bermakna tidak setuju. pengharapan itu masih ada. cuma tiada keberanian. take ur time dear. jika pemikiranmu, tidak kuat, kmugkinan u also not willing to accept it yet. it's ok if u juz let it go. or maybe ignore. sebab, mugkin kata-kata pasti yg mgkin terucap akan membuatkan kamu dalam dilema nnti.
dilema bermksud dlm pertengahan. dan pada msa itu juga syaitan akan menjalankan pekerjaan tetapnya. mmberatkan dacing pada nafsu dan meringnkn pada yg benar. jika tkot terkandas, jgn berjaln di tepi jurang. jurang itu adanya batu2 yg trtanam di dlm tanah yg tidak ternmpak pada mata. tetapi dalam msa yg sama dapat membuatkan kita terus jatuh tanpa ada sekatan.



pergantungan pada Dia adalah penting. setiap satu keputusan, langkah, detik, kelip mata kita, atau kurang dari itu, moga diiringi petunjuknya. istikharah, bukan semata-mata untuk keputusan besar, tetapi biasakan lah ia untuk melahirkan sikap pergantungan dan penyerahan diri padanya untuk apa jua. moga setiap waktu itu adalh datangnya dengan keizinanNYa, moga tidak jauh dari jalan hikmah dan redha.


Wednesday, September 23, 2009

keringat_musafir




zaman berganti zaman,
tahun berganti tahun,
bulan berganti bulan,
masa masih terus berjalan,
dan tidak mustahil mungkin berlari,
kehidupan juga berubah,
fikiran lebih realiti,
tanggungjawab kian berat,
bahu yang memikul,
dirasa ingin lepas,
tidak!
harus ditempuh,
jangan dibiar mencium bumi,
bumi bukan tujuan,
kejar realiti itu,
jgn benarkan jadi pasir yang dicium,
habuan???
jangan terlampau dipikir,
pengembaraan itu,
selitkan keringat,
dari keringat,
pasti ada rasa indahnya,
indah itu nikmat,
nikmat bagi musafir.

Wednesday, September 16, 2009

-baru difahami-

baru difahami,
apa itu ertinya,
sejarah kembali,
berlainan watak,
setiap satu,
bagaikan bercerita kembali,
hanya itu baru dapat mengerti,
keliru, apa prinsip diri,
tetapi mungkin sahaja satu yang tidak berubah,
yang pasti, berlari atau menjauhkan,
semoga kekal yang terbaik,
buat kalian.

Monday, September 14, 2009

:.sampaikan pada si dia.:




"tolong sampaikan pada si dia...
tolong beritahu si dia aku ada pesanan buat buatnya...
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga...
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
tolong beritahu si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...
moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."




mencintai Allah itu, tempat bgi permulaan segala sesuatu penyemaian cinta...

dari Allah juga subur berseminya cinta yang lain...
tanggungjawab sebagai hamba, khalifah, umat terbaik, anak, pelajar, ibu bapa, dll...
itu semua jalankanlah yang terbaik sehabis kemampuan...
perihal yang lain, serahkanlah ia pada yg berhak menentukan...
apa yang dahulu, kita dahulukan...
yang jauh dari pandangan, mugkin juga belum dijangkau oleh fikiran, serahkanlah...
mungkin ikhtiar itu perlu, tetapi biarlah masa yang berbicara...
dan akhirnya....


akan ku simpan....





Thursday, September 10, 2009

Lirik Azfar - Akan Ku Jumpa


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu



semoga bersama kita terus mencariNya...

Az-zumar ayat ke 39.

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Wednesday, September 9, 2009

-CiNta-

"apakah boleh seorang muslimah seperti kita mengidamkan calon suami dengan kriteria tertentu. apakahh boleh kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita?"

"Menurutku boleh saja. Boleh saja kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita. Kerana itu manusiawi. Islam itu jelas, suci, dan manusiawi."

"Begini Wi, Perasaan suka atau cinta memang terkadang dtang begitu saja dalam hati. Dan Islam telah memberikan konsep tentang cinta secara terperinci, seperti yang kita ketahui bersama. Cinta utama seorang anak manusia sebagai hamba hanyalah kepada Penciptanya, Allah. Dan cinta-cinta yang lainnya, semestinya dikaitkan dengan cinta dan penghambaan kepada Allah. Kita mencintai dan membenci siapa saja dan apa saja adalah kerana Allah. Jika kita memahami timbangan ini baik-baik, semuanya akan damai dan mudah."

"Kalau aku mengidamkan seseorang untuk jadi suamiku, apakah tidak boleh Ul." sambung Dewi.
"Ya boleh saja. Itu wajar saja, namanya juga manusia. Asal kita tahu diri kita sebagai hamba Allah.Kita boleh saja mendambakan seseorang, asal perasaan itu jangan sampai melewati kulit hati. Jangan sampai masuk ke dalam hati. Jangan sampai menyebabkan zina hati. Contoh shahabiyat yang mendambakan calon suami yang soleh juga banyakkan? Bahkan ada seorang shahabiyah yang menawarkan dirinya minta diperisterikan Baginda Rasulullah S.A.W. Shahabiyat itu tentu mendambakan dan menginginkan Rasulullah S.A.W menjadi suaminya. Dan Rasulullah S.A.W tidak menyalahkan tindakan shahabiyat itu, kerana beliau tahu yang diinginkan shahabiyat itu adalah kesucian dan redha Tuhan."


(petikan: sepenggal kisah cinta dari Cairo, -di atas sejadah cinta-)


manusia oh manusia... tidak akan pernah lari dari perasaan cinta... itulah manusiawi... sudah termaktub di dalam hati setiap insan adanya perasaan ini. cumanya, beza di antara setiap insan itu meletakkan CINTA dimana pada hatinya... tetapi yg pasti tiada pembahagian adalah, cinta kepada Rabb yg satu... bermula dari zaman seputihnya kain, meningkat besar menjadi kanak-kanak yg penuh dengan perasaan ingin tahu, seterusnya, ke zaman persekolahan, dan meningkat dewasa... dikelilingi dengan perasaan Cinta akan membuatkan seseorang itu lebih menghargai kehidupan ini. cuba kita flashback cinta apa yg telah menyelubungi hidup sepanjang kehidupan. Mana yg lebih diutamakan? cinta kepada Allah, Rasulullah, Ibu, Bapa, Family, Sahabat, atau selainnya... kunci utama cinta dlm kehidupan ini, satunya, ialah cinta kepada Allah... carilah Cinta Allah, kerana darinya, segala cinta yg dtg selepas itu, insyaAllah semuanya, atas dasar keizinan dan mendapat tahapan cintanya yg lbih tinggi.

petikan dia atas, dipetik daripada cerita Sepenggal Kisah Cinta dari Cairo daripada buku yg bertajuk Di Atas Sejadah Cinta. sudah pasti akan terdetik juga suatu hari nnti di suatu sudut di hati setiap insan untuk mencintai sesama hambanya. tidak kira sahabat atau yg bkn muhrimnya. bgi remaja, terkadang diistilahkan cinta monyet. lucu rasanya, tp, bila dipikirkan secara serius, lucu itu boleh mengundang bala.


cinta itu tidak salah, dan memang sudah lumrah di hati manusia. bukan manusia jika tiada cinta. tidak hairan jika ada yg terlanjur cinta, tetapi, PERHATIKAN caranya. ada juga yg katannya ikut cara islam yg anjurkan, tetapi bila dilihat, ermm.... mungkin setengah2 kot... katanya tidak berjumpa, tetapi, masih bermsj2, mengusik sana sini... (dh mcm husband n wife la plak) huhu... ada plak bila brmsj, ktanya, saling nasihat menasihati ke arah agama -boyz n girlz- ermmm.... bila brmsj jgak tuh, slalu plak, erm, ade bnyk mna yg boleh kita nsihat mnsihati ni... boleh ke kite ni kuat dlm mmbatasi pergaulan tu... no komen, think by urself keh... u da only one dat knows where ur strength level is...


islam itu sndiri indah, sudah tercipta untuk kita, sebagai manusia dan hambaNya memahami dan mempraktikkan. petikan di atas, sudah terkandung bagaimana seorang manusia bernama wanita yg mendambakan seorang lelaki yg soleh hanya di hatinya, berdoa dan mengharapkan yg terbaik. tidak salah jika mngidamkan dan membina impian sendiri masa hadapan..... tambahan itu semua kerana Allah, dan untuk diri yg lbih baik bgi mndapat lebih cintaNya.

jika yg sudah trlanjur memberi cinta, bermuhasabah, fikirlah yg terbaik, untuk sebenarnya kehidupan ini, untuk diri, bakal pasangan anda, family, dan semestinya Penciptamu.Dam jikalaupin dicintai, biarlah ianya juga kerana agama yg kita miliki. sesungguhnya perempuan yg baik, itu adalah untuk lelaki yg baik juga... selitkan lah sentiasa di dlm doamu sekalian,


'jika diri ini mencintai, jgn benarkan mencintai lebih daripada diriMu. jika diri ini mencintai, biarlah cinta itu keranaMu, jika diri ini dicintai, jgn semata kerana luaran, jika diri ini dicintai, biar kerana cinta ku juga padaMu. amin...'

sesama kita bermuhasah kembali, bukan untuk pembaca sahaja, tetapi buat diri saya juga. Yg menyampaikan itu lebih dekat telinga nya yg mendengar dan berfikir. setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan, tidak pernah lari dari CINTA itu sendiri dan itu yg lebih mematangkan kita untuk berfikir. bersama kita memperbaiki diri ini....


-buat renungan bersama-

http://www.ukhwah.com/reviews.php?op=showcontent&id=170

Friday, September 4, 2009

WaRnA LaHiR




Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui
tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang
itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri
sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh
lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna
Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian
diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu
sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan>sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila
kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
dalam
perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak
stabil
kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.
Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana
kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar
untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang
harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai
si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan
itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,
ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu
buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak
memakan diri!