Wednesday, September 9, 2009

-CiNta-

"apakah boleh seorang muslimah seperti kita mengidamkan calon suami dengan kriteria tertentu. apakahh boleh kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita?"

"Menurutku boleh saja. Boleh saja kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita. Kerana itu manusiawi. Islam itu jelas, suci, dan manusiawi."

"Begini Wi, Perasaan suka atau cinta memang terkadang dtang begitu saja dalam hati. Dan Islam telah memberikan konsep tentang cinta secara terperinci, seperti yang kita ketahui bersama. Cinta utama seorang anak manusia sebagai hamba hanyalah kepada Penciptanya, Allah. Dan cinta-cinta yang lainnya, semestinya dikaitkan dengan cinta dan penghambaan kepada Allah. Kita mencintai dan membenci siapa saja dan apa saja adalah kerana Allah. Jika kita memahami timbangan ini baik-baik, semuanya akan damai dan mudah."

"Kalau aku mengidamkan seseorang untuk jadi suamiku, apakah tidak boleh Ul." sambung Dewi.
"Ya boleh saja. Itu wajar saja, namanya juga manusia. Asal kita tahu diri kita sebagai hamba Allah.Kita boleh saja mendambakan seseorang, asal perasaan itu jangan sampai melewati kulit hati. Jangan sampai masuk ke dalam hati. Jangan sampai menyebabkan zina hati. Contoh shahabiyat yang mendambakan calon suami yang soleh juga banyakkan? Bahkan ada seorang shahabiyah yang menawarkan dirinya minta diperisterikan Baginda Rasulullah S.A.W. Shahabiyat itu tentu mendambakan dan menginginkan Rasulullah S.A.W menjadi suaminya. Dan Rasulullah S.A.W tidak menyalahkan tindakan shahabiyat itu, kerana beliau tahu yang diinginkan shahabiyat itu adalah kesucian dan redha Tuhan."


(petikan: sepenggal kisah cinta dari Cairo, -di atas sejadah cinta-)


manusia oh manusia... tidak akan pernah lari dari perasaan cinta... itulah manusiawi... sudah termaktub di dalam hati setiap insan adanya perasaan ini. cumanya, beza di antara setiap insan itu meletakkan CINTA dimana pada hatinya... tetapi yg pasti tiada pembahagian adalah, cinta kepada Rabb yg satu... bermula dari zaman seputihnya kain, meningkat besar menjadi kanak-kanak yg penuh dengan perasaan ingin tahu, seterusnya, ke zaman persekolahan, dan meningkat dewasa... dikelilingi dengan perasaan Cinta akan membuatkan seseorang itu lebih menghargai kehidupan ini. cuba kita flashback cinta apa yg telah menyelubungi hidup sepanjang kehidupan. Mana yg lebih diutamakan? cinta kepada Allah, Rasulullah, Ibu, Bapa, Family, Sahabat, atau selainnya... kunci utama cinta dlm kehidupan ini, satunya, ialah cinta kepada Allah... carilah Cinta Allah, kerana darinya, segala cinta yg dtg selepas itu, insyaAllah semuanya, atas dasar keizinan dan mendapat tahapan cintanya yg lbih tinggi.

petikan dia atas, dipetik daripada cerita Sepenggal Kisah Cinta dari Cairo daripada buku yg bertajuk Di Atas Sejadah Cinta. sudah pasti akan terdetik juga suatu hari nnti di suatu sudut di hati setiap insan untuk mencintai sesama hambanya. tidak kira sahabat atau yg bkn muhrimnya. bgi remaja, terkadang diistilahkan cinta monyet. lucu rasanya, tp, bila dipikirkan secara serius, lucu itu boleh mengundang bala.


cinta itu tidak salah, dan memang sudah lumrah di hati manusia. bukan manusia jika tiada cinta. tidak hairan jika ada yg terlanjur cinta, tetapi, PERHATIKAN caranya. ada juga yg katannya ikut cara islam yg anjurkan, tetapi bila dilihat, ermm.... mungkin setengah2 kot... katanya tidak berjumpa, tetapi, masih bermsj2, mengusik sana sini... (dh mcm husband n wife la plak) huhu... ada plak bila brmsj, ktanya, saling nasihat menasihati ke arah agama -boyz n girlz- ermmm.... bila brmsj jgak tuh, slalu plak, erm, ade bnyk mna yg boleh kita nsihat mnsihati ni... boleh ke kite ni kuat dlm mmbatasi pergaulan tu... no komen, think by urself keh... u da only one dat knows where ur strength level is...


islam itu sndiri indah, sudah tercipta untuk kita, sebagai manusia dan hambaNya memahami dan mempraktikkan. petikan di atas, sudah terkandung bagaimana seorang manusia bernama wanita yg mendambakan seorang lelaki yg soleh hanya di hatinya, berdoa dan mengharapkan yg terbaik. tidak salah jika mngidamkan dan membina impian sendiri masa hadapan..... tambahan itu semua kerana Allah, dan untuk diri yg lbih baik bgi mndapat lebih cintaNya.

jika yg sudah trlanjur memberi cinta, bermuhasabah, fikirlah yg terbaik, untuk sebenarnya kehidupan ini, untuk diri, bakal pasangan anda, family, dan semestinya Penciptamu.Dam jikalaupin dicintai, biarlah ianya juga kerana agama yg kita miliki. sesungguhnya perempuan yg baik, itu adalah untuk lelaki yg baik juga... selitkan lah sentiasa di dlm doamu sekalian,


'jika diri ini mencintai, jgn benarkan mencintai lebih daripada diriMu. jika diri ini mencintai, biarlah cinta itu keranaMu, jika diri ini dicintai, jgn semata kerana luaran, jika diri ini dicintai, biar kerana cinta ku juga padaMu. amin...'

sesama kita bermuhasah kembali, bukan untuk pembaca sahaja, tetapi buat diri saya juga. Yg menyampaikan itu lebih dekat telinga nya yg mendengar dan berfikir. setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan, tidak pernah lari dari CINTA itu sendiri dan itu yg lebih mematangkan kita untuk berfikir. bersama kita memperbaiki diri ini....


-buat renungan bersama-

http://www.ukhwah.com/reviews.php?op=showcontent&id=170

No comments: