Saturday, May 18, 2013

YOU means ME


 BISMILLAH…

Berkati setiap satu zarah hati kami. Amen

Tergerak untuk menulis berkaitan topic yang agak hangat untuk dibincangkan, terutama untuk para-para 20 ke 30an… isu perkahwinan. even I’m not in this lane yet. Perhaps one day. Not by research or my experience, but only from my views and surroundings. Sorry for any disagree or others, can leave a comment to also give your opinions.

Perkahwinan, apa perkataan ini?

Penyatuan dua hati. Ya, penyatuan hati. Sanggup menerima segala kebaikan, keburukan, kelemahan. Dan apabila ianya dinamakan penyatuan, kebaikan dan keburukan pasangan itu juga adalah berada di pihak diri sendiri. Dan, oleh itu, setiap pasangan perlukan muhasabah untuk menambah baik cacat cela kerna YOU MEANS ME and vice versa, and i need to be better and you too as well.

Perkahwinan bukan penghambaan, dan bukan juga pemerintahan tapi ia adalah pembaikkan. Bagi yang begitu solehah, sehinggakan takut untuk berselisih pendapat walaupun perkara itu perlukan perbincangan untuk pembaikan. Bagaimana pembaikan boleh terjadi sekirannya tiada yang saling menasihati? Bukan berselisih pendapat yang kita mahukan, cumanya bersedia menerima nasihat itu yang lebih perlu. Bagi yang begitu soleh, ketua keluarga itu yang lebih banyak perlukan muhasabah, bukan hanya memerintah. Takut-takut yang diperintah bukan penambah baikan, tetapi sebaliknya. idamkan menjadi psangan yang saling soleh dan solehah bukan berseorangan.

Setiap pasangan mengidamkan anak-anak penyejuk hati ayah bonda. Yang mencorakkan suasana itu bermula dari yang bernama ayah dan bonda. Kenapa? Kerana ayah dan bonda ini yang terlebih dulu berakal. Dan, apa akibat jika akal ini tidak dipandu dengan hati yang bersih, yakni, akhlak yang mulia? Itulah corak kebiasaan yang akan dilukis pada anak-anak.

Mudah contohnya…. Bayangkan kita berada di sebuah masjid. Bayangkan suasananya. Nyaman, dan tenang bukan? Yang berada di dalamnya, semua sedang menambah iman. Untuk bercakap perkara-perkara buruk, apatah lagi mengkeji, mengumpat, mencaci, menghina, tidak sanggup dek hati. Itu kerana kita tahu itu rumah Allah, Allah tidak suka akan perkara-perkara itu. Di dalamnya penuh dengan hati-hati yang penuh kasih sayang.

Siapa yang akan membentuk rumah menjadi sepertinya suasana rumah Allah? Siapa yang akan mulakan hati-hati yang penuh kecintaan ini? Tak lain tak bukan bermula dari kedua pasangan. Contoh lagi, jika menjadi kebiasaan pasangan mengumpat,mengkeji, menghina, berkata-kata keras, rasanya anak-anak akan merasakan itu suatu yang kebiasaan atau tidak? Bagi saya, itu akan menjadi kebiasaan tanpa sedar yang itu adalah kebinasaan.

Akhlak, cermin seseorang itu dikurniakan pemahaman ilmu. Tetapi penuh hujah dan ilmu, tidak bererti dan tidak menjamin lagi untuk miliki pemahaman dalam berakhlak. Manusia berakhlak mulia tanpa ilmu tinggi, orang memandang mereka dengan penuh hormat, tetapi, manusia yang buruk akhlaknya akan dipandang orang  sepertinya tidak pernah ada ilmu.
 Dan sudah tentunya hati yang bersih suci itu yang mengawal setiap gerak geri. Bagaimana untuk setiap hati mahukan? Hati yang dipandang dengan kasih sayang Allah atau hati yang dikeji?

Tepuk dada,

Tanya iman.

Mencari kesalahan diri itu lebih baik.

Menjaga diri itu lebih baik.

dan, Rasulullah itu sebaik-baik akhlak. Kata-kata lembut beliau, kasih sayang di hati beliau, peribadi mulia, sosok bercahaya, haruman kasturi, Rahmat sekalian alam..

Cantikkan akhlak kami, sepertimana kau cantikkan kejadian diri kami.

Agar, disebarkan juga kecantikan itu kepada generasi kami.

Amen….

Wallahu3alam.


Saturday, January 5, 2013

syukur atas syukur

bismillah... (dengan nama Allah )

tergerak hati untuk tiba-tiba menulis walaupun berada pada fatrah exam yang kian menjelang hanya tiggal kurang dari 10 hari...

kata-kata hanya selalu tertulis di hati, ini yang ditakdirkan hanya untuk ditulis.

syukur itu nikmat....
Alhamdulillah, (syukur kepada Allah) antara ungkapannya.

dan antara nikmat kita di dunia ini, adalah pabila kita punya perasaan syukur.
tidak semua dari kita punya perasaan ini kan? hanya Allah saja yang mencampakkan perasaan ini pada hamba-hambaNya yang dikehendaki.

jadi, bersyukur lah, berterima ksihlah pada Allah dengan sepenuh hati dan jiwa apabila kita tiba-tiba terdetik untuk berterima kasih pada yang Esa. dengan itu, kita akan merasakan apa yang diperoleh itu, amat-amat berharga kerana dtangya dari yang menciptakan.

bersyukurlah.....

apabila penuh rasa syukur, kita akan menghargai setiap satu yang berada pada kita. sebagai contoh...

- Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku tangan ini... akan aku gunakan ia dengan sebaik2nya pada jalan Mu...
dan apabila, seseorang telah kehilangan tangannya, bagaiman mugkin untuk dia bersyukur dan mungkin sukar sekali untuk bersyukur kan ? dan pada saat itu, baru akan timbul satu penyesalan di dalam hati, alangkah dahulu, aku menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaiknya. tidak lah aku menjadi seorang yg rugi dan kufur nikmat.

jadi, kawan-kawan, marilah bersyukur, rasailah nikmat untuk kita sama-sama merasakan syukur...

tips: bagaimana untuk datangkan rasa syukur
       -apabila kita punya sesuatu yang dimiliki, berdialog dengan diri sendiri, "kalaulah suatu hari nanti Allah tarik semula semua yang aku ada ini, dan masa itu, aku tak dapat lgi menggunakannya, lebih baik aku gunakannya sebaik-baiknya pada waktu sekarang sementara ia masih bersamaku" contoh: nikmat sihat. pabila dah tak sihat,ataupun tua nnti, barulah menyesal kenapalah dulu aku tak solat banyak2...

dan, monolog di atas hanya untuk orang yang Allah campakkan rasa syukur itu... jadi lagi sekali, syukurlah dengan rasa syukur... :)








Thursday, November 15, 2012

Ujian

Bismillah.....

Ujian itu akn lebih mengikat hati, menambah kesabaran, memperkuat pergantungan.
Sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar. Dan dijanjikan pahala yg setimpal dengannya.

Fahamilah ujian itu bukan sekadar situasi. Tetapi ujian itu didikan diri. Pengalaman itu yg mngajar. Berfikir lah tentang hidup dari mula dilahirkn sehingga sekrang.
Apa yg ada bersyukurlah, apa yg tiada juga bersyukurlah. Sesungguhnya itu yang membentuk keperibadian kamu pada tika ini.

Kenapa dia begitu tenang hadapi musibah itu? Ye, sebab Allah telah mendidiknya trlebih dahulu dengan ujian2 yg lebih hebat sebelum ini. Sehinggakan ujian pada kali ini diterima dengan hati yang redha tanpa merasa cacian dan makian di dlm hati.

Teruskan hidup, teruskan sabar, teruskn usaha. Pasti ada di dlm prjalann itu pencarian kita. Yakinlah!

Tuesday, April 10, 2012

semangat yang hilang... dimana kamu?



Bismillah....

manusia itu ada waktunya semangat, ada waktu nya lemah.
kadang kala, lemahnya sehinggakan apa pun yang disekelilingnya bagaikan tiada makna.
semangatnya pula kadang kala, bagai api yang sedang marak. meninggi dan meninggi

tetapi hakikatnya satu, semua itu boleh diubah dan merubah.
sampai bila untuk hilang semangatnya, sedangkan yang lain terus mengorak langkah mencari bekalan untuk hidup.

dan sampai bila untuk ditetapkan keadaan semangat yang luntur itu tanpa berbuat apa-apa.
jangan penuhkan diri dengan perasaan menyesal hanya kerna keputusan yang kamu sendiri tidak mahu mengubahnya.

jangan salahkan hidup jika kamu yang buatkan hidup itu tiada erti.

terkadang, manusia sedar saja di mana silap hidupnya. tetapi dek perasaan malas dan berpendirian "biarlah saja semua ni terjadi" , buatkan semangat dan penyesalan itu, ulang dan berulang mengelilingi diri.

mugkin ada yang mengatakan, "iye, aku pasrah, aku redha". tetapi selepas itu, mana perkataan "aku harus bangkit!!!!"......






~prasangka Allah itu berdasarkan sangkaan hambanya... dan nasib sesuatu kaum itu, tidak akan berubah jika kaum itu tidak merubahnya, dengan izinNya. dan Allah itu tidak akan persiakan hambaNya yang sentiasa bergantung harap padaNya.~








Monday, April 2, 2012

hangatnya cinta itu...




manusia selalu berkira-kira mempunyai dunia mereka sendiri.
ada yang menganggap dunia ini kawan akrab, ada pula yang menganggap dunia ini, hanyalah sebutir pasir yang boleh dibawa angin bila-bila masa sahaja.

mereka selalu bercerita-cerita tentang hidup, tentang cinta, dunia mereka sekarang,
itulah ketenangan bagi mereka. meluahkan perasaan sesama mereka. itulah kepuasan bagi mereka. saling bertukar-tukar cerita cinta, berlumba-lumba siapa yang lebih disayangi dan menyayangi.

tapi, sedarkah kita, yang berhak menyayangi dan disayangi adalah hanya kepada Allah S.W.T. pernah atau tidak kita bercerita mengenai bagaimana Allah menyangi kita. apa yang telah dilakukan tanda romantisnya dan bukti cintaNya pada kita.

tanya kalbu, apa yang selalu menjadi sebutan cinta di hati dan bibir-bibir kalian? adakah hanya kata-kata cinta sesama manusia atau pun yang kekal abadi?

wahai kawan, rasailah hangatnya perasaan cinta pada Allah. nescaya di dalam hati kamu akan ada suatu aura yang sentiasa memanggil-manggil untuk bercinta. kata-kata romantismu, disimpan untuk Dia, berinteraksi lah bersama Allah dengan rasa yang penuh syahdu menahan rindu.

dengan adanya Allah di hati kamu, kamu tidak akan pernah merasa beban menahan perit hidup sendirian, kerana, kamu sudah punya, yang setia mendengar keluh kesah, kegembiraan dan cerita-cerita dunia kamu.

rasailah cinta itu....