BISMILLAH…
Berkati setiap satu zarah hati kami. Amen
Tergerak untuk menulis berkaitan topic yang agak hangat
untuk dibincangkan, terutama untuk para-para 20 ke 30an… isu perkahwinan. even I’m
not in this lane yet. Perhaps one day. Not by research or my experience, but
only from my views and surroundings. Sorry for any disagree or others, can
leave a comment to also give your opinions.
Perkahwinan, apa perkataan ini?
Penyatuan dua hati. Ya, penyatuan hati. Sanggup menerima
segala kebaikan, keburukan, kelemahan. Dan apabila ianya dinamakan penyatuan,
kebaikan dan keburukan pasangan itu juga adalah berada di pihak diri sendiri. Dan,
oleh itu, setiap pasangan perlukan muhasabah untuk menambah baik cacat cela kerna YOU MEANS ME and vice versa, and i need to be better and you too as well.
Perkahwinan bukan penghambaan, dan bukan juga pemerintahan
tapi ia adalah pembaikkan. Bagi yang begitu solehah, sehinggakan takut untuk
berselisih pendapat walaupun perkara itu perlukan perbincangan untuk pembaikan.
Bagaimana pembaikan boleh terjadi sekirannya tiada yang saling menasihati? Bukan
berselisih pendapat yang kita mahukan, cumanya bersedia menerima nasihat itu
yang lebih perlu. Bagi yang begitu soleh, ketua keluarga itu yang lebih banyak
perlukan muhasabah, bukan hanya memerintah. Takut-takut yang diperintah bukan
penambah baikan, tetapi sebaliknya. idamkan menjadi psangan yang saling soleh dan solehah bukan berseorangan.
Setiap pasangan mengidamkan anak-anak penyejuk hati ayah
bonda. Yang mencorakkan suasana itu bermula dari yang bernama ayah dan bonda. Kenapa?
Kerana ayah dan bonda ini yang terlebih dulu berakal. Dan, apa akibat jika akal
ini tidak dipandu dengan hati yang bersih, yakni, akhlak yang mulia? Itulah corak
kebiasaan yang akan dilukis pada anak-anak.
Mudah contohnya…. Bayangkan kita berada di sebuah masjid. Bayangkan
suasananya. Nyaman, dan tenang bukan? Yang berada di dalamnya, semua sedang
menambah iman. Untuk bercakap perkara-perkara buruk, apatah lagi mengkeji,
mengumpat, mencaci, menghina, tidak sanggup dek hati. Itu kerana kita tahu itu
rumah Allah, Allah tidak suka akan perkara-perkara itu. Di dalamnya penuh
dengan hati-hati yang penuh kasih sayang.
Siapa yang akan membentuk rumah menjadi sepertinya suasana
rumah Allah? Siapa yang akan mulakan hati-hati yang penuh kecintaan ini? Tak lain
tak bukan bermula dari kedua pasangan. Contoh lagi, jika menjadi kebiasaan
pasangan mengumpat,mengkeji, menghina, berkata-kata keras, rasanya anak-anak
akan merasakan itu suatu yang kebiasaan atau tidak? Bagi saya, itu akan menjadi
kebiasaan tanpa sedar yang itu adalah kebinasaan.
Akhlak, cermin seseorang itu dikurniakan pemahaman ilmu. Tetapi
penuh hujah dan ilmu, tidak bererti dan tidak menjamin lagi untuk miliki
pemahaman dalam berakhlak. Manusia berakhlak mulia tanpa ilmu tinggi, orang
memandang mereka dengan penuh hormat, tetapi, manusia yang buruk akhlaknya akan
dipandang orang sepertinya tidak pernah
ada ilmu.
Dan sudah tentunya hati
yang bersih suci itu yang mengawal setiap gerak geri. Bagaimana untuk setiap
hati mahukan? Hati yang dipandang dengan kasih sayang Allah atau hati yang dikeji?
Tepuk dada,
Tanya iman.
Mencari kesalahan diri itu lebih baik.
Menjaga diri itu lebih baik.
dan, Rasulullah itu sebaik-baik akhlak. Kata-kata lembut
beliau, kasih sayang di hati beliau, peribadi mulia, sosok bercahaya, haruman
kasturi, Rahmat sekalian alam..
Cantikkan akhlak kami, sepertimana kau cantikkan kejadian
diri kami.
Agar, disebarkan juga kecantikan itu kepada generasi kami.
Amen….
Wallahu3alam.