Sunday, February 7, 2010

bahagia dan sengsara. NIKMATNYA.....




babak 1: sukenyeeee.... berbunga-bunganyaaaaa.... hepinyeeeerrrrr...... njoynyeeeeeeerrrrr.... yeah!!!!! hari ni adalah hari paling tenang aku......so, aku nak gi celebrate lah. lets njoy together... yahooooooo!!!!!!!!

babak 2: sedihnyeee..... bersampah-sampahnyeee.... geramnyeeee..... aishhhh!!!, today is da worst day selama aku hidup.... eeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! down gile cam ni... aku dah usaha semua benda, aku tak patut dapat macam ni....

ape kate, we change a little bit here, n add little bit there. like this!

babak 1:sukenyeee... berbunga-bunganyaaaa.... erk!, mungkinkah ini salah satu ujian buatku? mnguji sejauh mana tahap keimanan ku?

babak 2: sedihnyeee.... bersampah-sampahnyee... astaghfirullah, jika ini dugaan buatku, ak redha. moga diberi kekuatan untuk menghadapi. aku tau ade hikmah disebalik ini semua.


adilkah manusia yg bernama hamba di dunia ini dalam menghakimi sesuatu perkara dalam hidupnya, tidak kira baik atau buruk?
manusia itu lebih takutkan keadaan serba pahit, sedih dan kecewa.
how about riang, hepi, tenang, kesenangan, populariti, kejayaan yang diraih? adakah kite takot dengan keadaan dan situasi itu? pernah bertanya pada diri kenapa diberi semua itu?

siapa yang mahukan kekecewaan? siapa yg mahukan kesedihan?
semua mahukan kesenangan. semua mahukan kejayaan.

tetapi ingat!!! jgn menilai sesuatu perkara itu hanya pada satu aspek.

"kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan"
~al-anbiya':35~

nah... dewasa ini, sering saja didengari, bila ditimpa musibah, itu ujian. tpi, bagaimana dengan kejayaan pula. alhamdulillah, diberi segala nikmat kejayaan, dan kesenangan. tetapi, jgn sesekali kamu taksub, kerana mungkin juga itu ujian bagi kamu. lebih takutkan dengan kesenangan dan kegembiraan yg ada, takut leka dan lalai, itu membuatkan kamu lebih tunduk mengharapkan bimbingan dariNya.

bagimana pula dengan ujian dengan didatangkan musibah?

"dan kami pasti akn menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangn harta, jiwa, dan buah-buahan"
~al-baqarah:155~

setiap ujian yg diberi pada hmbanya, ingatlah, pasti ada hikmah disebalik yg berlaku. jika kamu seorang yg taat dan sntiasa takut akan perintahNya, itu ujian untuk menguji sejauh mana tahap keimananmu.. jika sebaliknya, berfikirlah yang Allah mahukan kamu kembali padaNya, kembali merinduiNya. mungkin saja, Allah merindui tangisan kamu. sesungguhnya cintailah Dia, rinduilah Dia, nntikanlah pertemuan denganNya. ibarat merindui seorang kekasih yg amat kamu cintai,... moga diberi kesempatan untuk pertemuan yg kekal abadi itu... amin...

sambungan ayat tadi:

"dan sampaikan lah kabar gembira pada orang-orang yang sabar"
~al-baqarah:155~

jangan lah kamu cepat berputus asa dengan ujian yang diberiNya. itu tanda sayangnya Dia pda kita. pada setiap kesabaran itu, ada berita gembira yg diberiNya sebagai ganjaran. betapa Allah pula memujuk kita dgn kesedihan sebelumnya itu. Allah juga sayang kita kan...

important note: BERSANGKA BAIKLAH TIAP KETIKA, PADA TUHANMU.

dua jenis manusia dalam menghadapi kegagalan:

1. manusia yang selalu tersenyum dalam keadaan apa pun.
- kerana dia tahu, pada kegagalan itu, adanya kejayaan dan kebahagiaan kelak

-"jangan lah kamu merasa takut, dan jangan lah kamu bersedih hati; dan bergembira lah kamu dengan memperoleh syurga yg telah dijanjikan padamu."
~Fussilat:30~

-manusia yg cerdik mampu menafsirkan keadaan sulit dan pahit menjadi satu proses kematangan menuju kebahagiaan.

2.apabila menghadapi kegagalan,kekecewaan, amatlah reaktif, emotional, seperti dunia sudah mahu kiamat daaa....

-"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar.Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?"
~Al-Munafiqun:4~

-mereka diumpamakn seperti kayu yg tersandar, maksudnya ialah untuk mnyatakan sifat mereka yg jelek meskipun tubuh mereka bgus-bagus, dan mereka pandai berbicara tetapi sebenarnya otak mereka adalh kosong dan tidak dapat memahami kebenaran.




important note:

"sesungguhny org-org yg bertakwa apabila mereka dibayangi pikiran-pikiran jahat(berbuat dosa) dari setan, mereka pn segera ingt kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya."
~al-a'raf:201~

-pada setiap situasi mana pun kamu, sama ada di sebelah pihak yg benar, atau pun disebelah pihak yg salah, tetaplah kamu dengn, mencari di mana silapmu. jangan mudah menilai org lain, tetapi nilailah dirimu dahulu. carilah di setiap pelosok sosok mu, jiwamu, kekotoran itu. tertegak mana pn kebenaran dlm jiwamu, tetapknlah kamu dgn pncarian kehinaan itu. itu akan mmbuatkan kamu mrasakn lbih tawaduk di hdapanNya.
-betapa nikmatnya jika kesengsaraan itu padamu... kerana semuanya berbalik padamu kembali.


syurga itu, indah... indahnya tidak mampu untuk ditafsirkan oleh akal fikiran manusiawi. tetapi, dikelilingi dengan onak duri, dugaan dan cabaran,BUKAN kesenangn. sehinggakan malaikat takot tidak ada seorang pun manusia yg mampu memasukinya.

~berbahagialah ketika selama hidupnya selalu berhadapan dengan halangan. ~